sayang korang!!!

Monday, November 23, 2009

menuju

ke destinasi tuk menshekik...:D

skali lagi...kami ke sini....

medan selera sg burong...dekat ngn pasar nelayan...

pemandangan sepanjang ke pasar nelayan...

sawah padi yang sedang menghijau....

pokok2 kelapa di tepi2 sungai...

oh ye..jalan dia muat untuk sebijik kereta jek ye...klu selisih tuh..pandai2la bertolak ansur...dan ramah2kanlah tangan tuh dengan mengangkat tangan...(ramai yang kiteorang jumpa...kita punyalah bagi dia jalan...kita yang angkat tangan...orang tuh leh wat tak tau jek...manusia2!!!)

sudah hampir ke hentian bot2 nelayan...

dan yang penting...sudah sampai ke destinasi yang patut dituju....:D

maggi goreng untuk aku...tapi dibedal 90% oleh aqil dan damia...:( ;)

mee goreng 99% hak milik bie...1% tu sesuap masuk mulut aku...

kali ni datang...udang leh tahan besar2...wpun hanya 2 ekor udang sajer...tapi berbaloilah kan dengan harga RM3 jek...sedappp!!!

balik umah...aku lapar lagi...goreng lak kepok lekor sambil tengok keputusan sehati berdansa...:D

mari belajar...

abie...abie ikut aqil cakap tau....
ye..ye...(dengan nada terpaksa..:D)
eeeeee...(stands for 'i'...fonetik kan...)

tgklah...'cikgu' suh sebut eeeeee...adakah 'anak murid' pun ikut sebutan yang sama???

klu lah anak murid cam abie nih...mau tercabut bulu kening cikgu dok ngajar....ajar lain...sebut lain....:))

Sunday, November 22, 2009

Projek Mega Blogger-Care for Kak Yong

entry ni akan dilekat sehingga projek ni tamat ye...new entry scroll bwh ye....

entry ni aku copy paste dari blog kak siti sifir...inisiatif dari kak siti tuk membantu kak yong...

Bismillah,

Ye..saya tau para blogger tak ada kelab berdaftar. Tiba2 ada keluar projek mega. Ntah AGM mana yang luluskan mende ni ek...huhu...

PENGENALAN
Kakyong72
  • adalah seorang blogger yang mana link ke blognya adalah : http://kakyong72.blogspot.com/
  • ibu kepada 3 orang anak dan menetap di Ipoh
  • bekerja sebagai akauntan sambilan (akauntan kah yang buatkan akaun orang itu??) dan ini adalah cara kakyong mencari rezeki.
  • menjalankan bisnes online dengan mengeringkan ikan hasil tangkapan Encik Suaminya lalu menjualnya. Sila rujuk : Kakyong Shoppe
  • Pada pandangan mata saya, dia mengamalkan gaya hidup yang sederhana. Dia tidak bermewah-mewah sehingga baju raya anak2nya baru2 ini pun tidak dibeli. Namun alhamdulillah, ada yang perihatin dengan keadaan Kakyong.
  • Sebagai blogger dia juga sangat caring dengan orang lain. Saya pasti ramai yang kenal dia kan???? Rujuk saja senarai KIV Homework (TAG) dari kawan2 di blognya.
Kepada sesiapa yang belum maklum, laptop kakyong telah rosak dan untuk memperbaikinya adalah mustahil. Yang terbaik bagi kakyong adalah membeli satu yang baru. Tahukah kalian, apakah kesannya kepada kakyong?
  • kakyong tidak dapat membuat kerja part time (membuat akaun) tanpa laptop
  • jual beli ikan masinnya berkemungkinan terbantut
  • kakyong tidak muncul dengan entry terbaru (ini mungkin sekadar hobi tetapi interaksi sesama blogger sebenarnya boleh memungkinkan kakyong lebih mudah mendapat pelanggan
Jadi apa yang kita boleh buat untuk membantu kakyong??
  • Saya rasa paling cutelah, kita kumpulkan bajet untuk beli satu komputer dengan min spec. Sekadar dapat kakyong menjalankan semula kegiatan mencukupkan (bukan menambahkan) kewangan kakyong sekeluarga. Orang yang boleh belikan komputer itu, nanti kita bincangkan siapa. Jika tak ada orang, insya ALLAH saya boleh carikan. Sekali lagi mekanisme pengumpulan dana ni juga perlu dibincangkan.
Berikut adalah fakta nombor berkaitan Project Mega Blogger ini :

Tarikh Bermula : 18 November 2009
Jumlah Sumbangan Cadangan : RM 10 seorang
Sasaran Kutipan Total : RM 1500
Jumlah Terkumpul : RM 130
Baki Sasaran : RM 1370
Jumlah Penderma : 3 orang
Tarikh Akhir Sumbangan : Sehingga kutipan mencukupi

Sumbangan boleh dibuat melalui bank dengan mengikut aturan berikut:
  1. Masukkan sumbangan anda ke akaun Maybank (No akaun: 113042046831) atas nama Norhafizah Binti Madzlan.
  2. SMSkan jumlah sumbangan & tarikh dalam tempoh 2 hari setelah sumbangan dibuat kepada sitisifir di 0199515058. Jika boleh, sertakan nama penyumbang untuk urusan rekod. Emailkan kepada sitisifir10@yahoo.com jika anda berurusan secara online.
  3. Urusan rekod boleh dilihat di entry ini. Setiap urusan bank in akan di update dengan kadar segera insya ALLAH.
Sasaran :
  • Followers kakyong (270 orang ..huhu kalau ini aje darab 10 dah RM2700) - ini saya dah terjah yang mana yang boleh dikesan
  • Mereka yang ada dalam Kakyong's Bloggerlist
  • Mereka yang peduli
Cadangan kepada sasaran :
  • Saya akan mesej seorang2 untuk beritahu hal ini.
  • Sila letakkan kempen yang sama di blog masing2.
  • Sila kerap berkunjung ke blog saya bagi mengetahui status penjumlahan kewangan. Kita nak kumpul seadanya sahaja bukan nak sara hidup dia...huhuhu....Bila sasaran dah cukup, kita akan hentikan segera projek ini.
Faedah :
  • Jika anda ikhlas, adalah tu nilainya di sisi ALLAH insya ALLAH
  • Silaturrahim sesama kita diharapnya semakin erat
  • Ada cadangan ke atau kot2 ada sponsor baucer ke?? :P
Jika boleh TOLONG RAHSIAKAN dulu dari kakyong. Tapi saya dah cakap sikit2 pada adik ipar kakyong (Miela Ikan Pekasam).


Penutup
Semoga dengan sedikit sumbangan dari pelbagai pihak, dapatlah kita membantu kakyong.

Rindu kakyong!!!

Senarai mereka yang peduli :
  1. Ummu Mishkah - penyumbang
  2. Ida Rahayu - entry kempen sticky mode
Kepada mereka yang dah buat sticky mode di blog masing-masing, sila maklumkan juga kepada saya. Saya akan letakkan link anda di dalam ini. Ini penting supaya saya dapat memaklumkan anda kembali seusai jumlah yang kita nak kutip telah mencukupi.
*akaun yang digunakan itu adalah akaun yang tidak aktif, maksud saya, saya tidak gunakannya untuk tujuan peribadi lagi kerana kebanyakan urusan saya adalah melalui akaun Bank Islam.
*RM 1500 adalah jumlah yang selesa untuk mendapatkan desktop atau laptop dengan spesifikasi minimum. Walaubagaimanapun, jika ada tawaran lebih murah dari ini, saya akan maklumkan kelak.
DENGAN INI, PROJEK INI DIMULAKAN SEKARANG.....!!!

niza:marilah kita sama2 membantu kak yong...tak salahkan kesenangan kita yang sikit ni dikongsi dengan orang yang memerlukan...semoga usaha kita dapat meringankan beban kak yong...

Friday, November 20, 2009

aku

buntu!!!
harap keputusan yang aku dan bie ambik adalah yang terbaik tuk kami...
insya allah bie...
kita susah sket skang...
senang kemudian...
apa yang kita boleh korbankan...kita korbankan...
sebab tu bukan keperluan...
hanyalah kehendak...
kita utamakan keperluan kita dulu...
semoga allah murahkan rezeki kita...
amin...

Thursday, November 19, 2009

TGI's Graduation Day 2009-final part

tarian student2 TGI diselang selikan dengan lucky draw gak...

nampak itu blakang punya orang???yyiihhaaa...kami dapat iron..;) oklah tu kan...

acara pun diteruskan dengan penyampaian anugerah pelajar cemerlang...apa yang aqil dapat??

pelajar terbaik untuk matapelajaran matematik-4 tahun...ni dikira berdasarkan exam masa dorg 1st sem n 2nd sem yang mana subject dapat 100% tuk dua2 sem tuh...aqil kan ader dapat 100% gak tuk subject yang lain masa 2nd sem...tapi sbb 1st sem dia tak dapat 100% gak...so tak layak la....ummi harap tahun depan aqil kena pastikan yang aqil dapat 100% untuk semua subject!!!

yang ni lak antara top 10 pelajar terbaik kelas Excel...

lepas tu ada gak pelajar cemerlang untuk setiap umur...perempuan semuanya yang berjaya...:D antara pelajar2 cemerlang tuh...TGI pilih lak the best among the best!!!u know what...pelajar umur 4 tahun yang berjaya mendapat pelajar paling cemerlang TGI...dengan peratusan markah 99.3%!!!!syabas tuk adik husna!!!

aku ada gambar...tapi gelap la...korg tengok jelah ye...

ni antara best student tuk setiap umur...cuma student umur 5 ke 6 tahun ada 3 org...sebab peratusan markah yang sama...adik husna yang ujung belah kanan...

acara yang terakhir adalah penyampaian sijil tuk pelajar2 6 tahun yang telah tamat belajar di TGI...seramai 31 pelajar yang menerima sijil...semoga mereka terus cemerlang di darjah 1 nanti...

oh ye...sebelum tu ada gak penyampaian hadiah tuk bekas2 pelajar TGI yang cemerlang di darjah 1...bagus TGI!!!masih mengambil tahu kecemerlangan akademik bekas2 pelajar TGI...

last but not least....cewahhh...:D nilah rupa budak yang sangat happy masa hari kejadian...dengan make up nya...:D yang tak bleh blah...otw nak ke kereta....ummi..ummi ada bawak susu aqil tak??? susu ye yang dicari dulu...

tak dan 10 minit dalam keta...hanyutttt....sampai ke pagi esoknyer....ngn tak mandi!!!aku nak bersihkan mata dia pun marah....sebab kacau dia tido!!!sian dia...penat...dari pagi sampai ke petang...:D

ummi n abie ucap tahniah dan syabas kepada aqil!!!semoga aqil terus cemerlang....
tahun depan dua2 anak aku sekolah...makanyer...debaran tahun depan lagi kencang kot...uhuhu...

korang...gambar banyak yg golap2...sorry coz biasalah...pencahayaan dikurangkan di dalam itu ballroom tuk memberi effect yang terbaik...:D sepanjang majlis ni telah divideokan...aku dah booking dengan cikgu...;)