kite masih lg dlm bln syawal...suasana hari raya pun masih lg terasa...dan ummi pun masih lg dpt kad raya dr kak ummi..thanks kak...
Tanda-Tanda Dehidrasi Ringan:
- Kehilangan 5-10% berat badan
- Gelisah dan mudah tersinggung
- Mata terbenam
- Ketidakhadiran air mata
- Mengalami kekeringan mulut dan lidah
- Dahaga dan meminum dengan keinginan yang tinggi
- Kulit kehilangan keanjalannya sedikit
Tanda-Tanda Dehidrasi Teruk:
- Kehilangan lebih dari 10% berat badan
- Keletihan dan mungkin hilang sedar
- Mata adalah terlalu terbenam
- Ketidakhadiran airmata
- Mulut dan lidah adalah terlalu kering
- Meminum hanya sedikit atau tidak meminum langsung
- Kekenyalan kulit mengurang dengan nyata, iaitu apabila kulit dipicit ke atas, ia mengambil beberapa saat sebelum kulit menjadi rata kembali
- Kekurangan jumlah air kencing
• Banyakkan meminum cecair. Menghirup ketulan ais juga dapat melegakan masalah ini.* Orang dewasa sepatutnya minum 2 cawan cecair setiap jam kecuali jika muntah.
* Kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas boleh minum sehingga 2 liter sehari.
Cecair yang boleh diberi/diminum
• Jell-o
• Sup
• Teh cair dengan gula
• Minuman tenaga seperti 100 Plus
• Campuran 4 sudu teh gula dan 1 sudu teh garam bersama-sama 4 cawan air, larutkan
• Larutan garam rehidrasi (ORS) yang boleh didapati dari mana-mana klinik atau hospital.
Amaran 
• Jangan minum minuman yang terlalu panas atau terlalu sejuk
• Elakkan minuman beralkohol, berkafein dan susu.
• Jangan beri kanak-kanak minum jus epal dan susu kerana ia akan memburukkan lagi cirit-birit.
• Makan sedikit sahaja dan elakkan makanan pepejal untuk permulaan. Jell-o boleh diambil kerana ia berbentuk cair.
Apabila cirit-birit beransur pulih, ikuti langkah berikut
• Makan makanan yang lembut seperti nasi, pisang, ubi kentang rebus dan sebagainya.
• Makan sedikit sahaja. Jauhi daging, kekacang, hasil tenusu seperti dadih, ais krim dan lain-lain
• Jangan makan makanan yang tinggi serat seperti roti gandum tulen atau bijirin yang keras.
• Jangan makan makanan keras yang sukar dihadam seperti:
(i) Buah-buahan dan ulam mentah
(ii) Makanan bergoreng
• Jangan minum kopi (mengganggu perut)
• Jangan bersenam terlalu lasak, tunggu sehingga pulih sepenuhnya.
• Anda boleh membeli ubat Immodium AD Kaopectate atau Pepto-Bismol. Tunggu sehingga 12 jam sebelum mengambil ubat ini. Biarkan cirit-birit itu berhenti dengan sendirinya.
Cirit-birit Di Kalangan Kanak-Kanak 
• Jika kanak-kanak mendapat cirit-birit, keadaan dehidrasi boleh membahayakan mereka. Dehidrasi boleh berlaku dalam masa beberapa jam sahaja selepas diserang cirit-birit!
• Bawa anak anda berjumpa doktor segera sekiranya bayi anda membuang najis cair atau berair beberapa kali dalam masa 2-3 jam.
• Doktor biasanya akan memberi anak anda susu separuh pekat dalam kuantiti yang sedikit. Anda boleh meneruskan penyusuan bayi sekiranya bayi hendak menyusu.
• Untuk kanak-kanak yang lebih dewasa, petua untuk orang dewasa boleh diikuti tetapi jangan memberi sebarang ubat tanpa nasihat doktor.
• Untuk kanak-kanak berikan cecair lebih kerap bersama secebis garam.
Semoga bermanfaat adanya....