sayang korang!!!

search box

Saturday, April 30, 2011

LIVE:CAMERON HIGHLAND

dah sampai cameron..tapi hujannn dan berkabus..

Saturday, April 9, 2011

makan bersuap

mujurlah ada abang yang rajin menyuap adik makan..bolehlah ummi berehat kejap..:)

Monday, April 4, 2011

happy birthday anis!

terharu ummi sbb anis nak celebrate birthday dekat rumah ummi..ummi sayang anis!be a good girl tau kakak anis..hehe..

Wednesday, March 30, 2011

kami happy!

aktiviti disaat keboringan..(ummi yang boring sebenarnya..hehe..)

Monday, March 28, 2011

INFO : 14 Cara Nabi Muhammad Mendidik Anak

Seperti apakah ketika nabi muhammad mendidik anak-anaknya kala itu?
Praktik pendidikan Nabi Muhammad SAW pada anak-anak dapat di gambarkan di bawah ini:

1. Rasulullah senang bermain-main (menghibur) dengan anak-anak dan kadang-kadang beliau memangku mereka. Beliau menyuruh Abdullah, Ubaidillah, dan lain-lain dari putra-putra pamannya Al-Abbas r.a. untuk berbaris lalu berkata, “ Siapa yang terlebih dahulu sampai kepadaku akan aku beri sesuatu (hadiah).”merekapun berlomba-lomba menuju beliau, kemudian duduk di pangkuannya lalu Rasulullah menciumi mereka dan memeluknya.

2. Ketika ja’far bin Abu Tholib r.a, terbunuh dalam peperangan mut’ah, Nabi Muhammad SAW, sangat sedih. Beliau segera datang ke rumah ja’far dan menjumpai isterinya Asma bin Umais, yang sedang membuat roti, memandikan anak-anaknya dan memakaikan bajunya. Beliau berkata, “Suruh kemarilah anak-anak ja’far. Ketika mereka datang, beliau menciuminya. Sambil meneteskan air mata. Asma bertanya kepada beliau karena telah mengetahui ada musibah yang menimpanya.

3. “Wahai rasulullah, apa gerangan yang menyebabkan anda menangis? Apakah sudah ada berita yang sampai kepada anda mengenai suamiku Ja’far dan kawan-kawanya?” Beliau menjawab, “Ya benar, mereka hari di timpa musibah.” Air mata beliau mengalir dengan deras. Asma pun menjerit sehingga orang-orng perempuan berkumpul mengerumuninya. Kemudian Nabi Muhammad SAW. kembali kepada keluarganya dan beliau bersabda, “janganlah kalian melupakan keluarga ja’far, buatlah makanan untuk mereka, kerena sesungguhnya mereka sedang sibuk menghadapi musibah kematian ja’far.”

4. Ketika Rasulullah melihat anak Zaid menghampirinya, beliau memegang kedua bahunya kemudian menangis. Sebagian sahabat merasa heran karena beliau menangisi orang yang mati syahid di peperangan Mut’ah. Lalu Nabi Muhammad SAW. pun menjelaskan kepada mereka bahwa sesungguhnya ini adalah air mata seorang kawan yang kehilangan kawannya.

5. Al-Aqraa bin harits melihat Nabi Muhammad SAW. mencium Al-Hasan r.a. lalu berkata, “Wahai Rasulullah, aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium mereka.” Rasulullah bersabda, “Aku tidak akan mengangkat engkau sebagai seorang pemimpin apabila Allah telah mencabut rasa kasih sayang dari hatimu. Barang siapa yang tidak memiliki rasa kasih sayang, niscaya dia tidak akan di sayangi.”

6. Seorang anak kecil dibawa kepada Nabi Muhammad SAW. supaya di doakan dimohonkan berkah dan di beri nama. Anak-anak tersebut di pangku oleh beliau. Tiba-tiba anak itu kencing, lalu orang-orang yang melihatnya berteriak. Beliau berkata, “jangan di putuskan anak yang sedang kencing, buarkanlah dia sampai selesai dahulu kencingnya.”
Beliau pun berdoa dan memberi nama, kemudian membisiki orang tuanya supaya jangan mempunyai perasaan bahwa beliau tidak senang terkena air kencing anaknya. Ketika mereka telah pergi, beliau mencuci sendiri pakaian yang terkena kencing tadi.

7. Ummu Kholid binti kho;id bin sa’ad Al-Amawiyah berkata, “Aku beserta ayahku menghadap Rasululloh dan aku memakai baju kurung (gamis) berwarna kuning. Ketika aku bermain-main dengan cincin Nabi Muhammad SAW. ayahku membentakku, maka beliau berkata, “Biarkanlah dia.” Kemudian beliau pun berkata kepadaku, “bermainlah sepuas hatimu, Nak!

8. Dari Anas, diriwayatkan bahwa Nabi Muhammad SAW. selalu bergaul dengan kami. Beliau berkata kepada saudara lelakiku yang kecil, “Wahai Abu Umair, mengerjakan apa si nugair (nama burung kecil).”
9. Nabi Muhammad SAW. melakukan shalat, sedangkan Umamah binti zainab di letakkan di leher beliau. Di kala beliau sujud, Umamah tersebut di letakkanya dan bila berdiri di letakkan lagi dil leher beliau. Umamah adalah anak kecil dari Abu Ash bin Rabigh bin Abdusysyam .

10. Riwayat yang lebih masyhur menyebutkan, Rasulullah perna lama sekali sujud. dalam shalatnya, maka salah seorang sahabat bertanya,” Wahai Rasulullah, sesungguhnya anda lama sekali sujud, hingga kami mengira ada sesuatu kejadian atau anda sedang menerima wahyu. Nabi Muhammad SAW, menjawab, “Tidak ada apa-apa, tetaplah aku di tunggangi oleh cucuku, maka aku tidak mau tergesah-gesah sampai dia puas.” Adapun anak yang di maksud ialah Al-Hasan atau Al-Husain Radhiyallahu Anhuma

11. Ketika Nabi Muhammad SAW. melewati rumah putrinya, yaitu sayyidah fatimah r.a., beliau mendengar Al-Husain sedang menangis, maka beliau berkata kepada Fatimah, “Apakah engkau belum mengerti bahwa menangisnya anak itu menggangguku.” Lalu beliau memangku Al-Husain di atas lehernya dan berkata, Ya Allah, sesungguhnya aku cinta kepadanya, maka cintailah dia.

Ketika Rasulullah SAW. sedang berada di atas mimbar, Al-Hasan tergelincir. Lalu beliau turun dari mimbar dan membawa anak tersebut.

12. Nabi Muhammad SAW. sering bermain-main dngan Zainab binti Ummu Salamah r.a. beliau memanggilnya, “Hai Zuwainib, hai Zuwainib berulang-rulang.”

13. Nabi Muhammad SAW. sering berkunjung ke rumah para sahabat Anshar dan memberi salam pada anak-anaknya serta mengusap kepala mereka.

14. Diriwayatkan, pada suatu hari raya Rasulullah SAW. keluar rumah untuk menunaikan shalat ID. Di tengah jalan, beliau melihat banyak anak kecil sedang berman dengan gembira sambil tertawa-tawa. Mereka mengenakan baju baru, sandal mereka pun tampak mengkilap. Tiba-tiba pandangan beliau tertuju pada salah seorang yang sedang duduk menyendiri dan sedang menangis tersedu-sedu. Bajunya kompang-kamping dan kakinya tiada bersandal. Rasulullah SAW, pun mendekatinya , lalu di usap-usap anak itu mendekapya ke dadabeliau seraya bertanya, “mengapa kau menangis, Nak .” Anak itu hanya menjawab, “biarkanlah aku sendiri.” Anak itu belum tahu bahwa orang yang ada di hadapannya itu adalah Rasulullah SAW. yang terkenal sebagai pengasih. “Ayahku mati dalam suatu pertempuran bersama Nabi,” lanjut anak itu. “Lalu ibuku kawih lagi. Hartaku habis di makan suami ibuku, lalu aku di usir dari rumahnya. Sekarang, aku tak mempunyai baju baru dan makanan yang enak. Aku sedih meihat kawan-kawanku bermain dengan riangnya itu.l”
Baginda Rasulullah SAW. lantas membimbing anak tersebut seraya menghiburnya, “Sukakah kamu bila aku menjadi bapakmu, Fatimah menjadi kakakmu, Aisyah menjadi ibumu, Ali sebagai pamanmu, Hasan dan Husain menjadi saudaramu?” Anak itu segera tahu dengan siapa ia berbicara. Maka langsung ia berkata, “mengapa aku tak suka, ya Rasulullah?” kemudian, Rasulullah SAW, pun membawa anak itu ke rumah beliau, dan di berinya pakaian yang paling indah, memandikannya, dan memberinya perhiasan agar ia tampak lebih gagah, lalu mengajak makan.
Sesudah itu, anak itu pun keluar bermain dengan kawan-kawannya yang lain, sambil tertawa-tawa sambil kegirangan. Melihat perubahan pada anak itu, kawan-kawannya merasa heran lalu bertanya, “Tadi kamu menagis, mengapa sekarang bergembira?” jawab anak itu, tadi aku kelaparan, sekarang sudah kenyang. Tadi aku tak mempunyai pakaian, sekarang aku mempunyainya, tadi aku tak punya bapak, sekarang bapakku Rasulullah dan ibuku Aisyah.” Anak-anak lain bergumam, Wah, andaikan bapak kita mati dalam perang.” Hari-hari berikutnya, anak itu tetap di pelihara, oleh Rasulullah SAW. hingga beliau wafat.

credit to MyBabyStore

Friday, March 25, 2011

INFO : Cara-Cara Menghukum Anak yang Tidak Dibenarkan Dalam Islam

Di antara cara tersebut adalah:

1. Memukul wajah
Ini dilarang oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam sabda beliau, yang artinya, “Jika salah seorang dari kalian memukul, maka hendaknya dia menjauhi (memukul) wajah.”[11]

2. Memukul yang terlalu keras sehingga berbekas
Ini juga dilarang oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadits yang shahih.[12]

3. Memukul dalam keadaan sangat marah
Ini juga dilarang karena dikhawatirkan lepas kontrol sehingga memukul secara berlebihan.
Dari Abu Mas’ud al-Badri, dia berkata, “(Suatu hari) aku memukul budakku (yang masih kecil) dengan cemeti, maka aku mendengar suara (teguran) dari belakangku, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Akan tetapi, aku tidak mengenali suara tersebut karena kemarahan (yang sangat). Ketika pemilik suara itu mendekat dariku, maka ternyata dia adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan beliau yang berkata, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Maka aku pun melempar cemeti dari tanganku, kemudian beliau bersabda, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Sesungguhnya Allah lebih mampu untuk (menyiksa) kamu daripada kamu terhadap budak ini,’ maka aku pun berkata, ‘Aku tidak akan memukul budak selamanya setelah (hari) ini.‘”[13]

4. Bersikap terlalu keras dan kasar
Sikap ini jelas bertentangan dengan sifat lemah lembut yang merupakan sebab datangnya kebaikan, sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Barangsiapa yang terhalang dari (sifat) lemah lembut, maka (sungguh) dia akan terhalang dari (mendapat) kebaikan.”[14]

5. Menampakkan kemarahan yang sangat
Ini juga dilarang karena bertentangan dengan petunjuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Bukanlah orang yang kuat itu (diukur) dengan (kekuatan) bergulat (berkelahi),  tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan dirinya ketika marah.“[15]

credit to MyBabyStore

Wednesday, March 16, 2011

Lori pasir terbalik!!!


16032011077.jpg, originally uploaded by NizAzmaN.


Live: xcident dekat simpang masuk tesco..lori pasir trbalik..

Saturday, March 12, 2011

tak tau nak buat apa


umah dah siap kemas..nak wat breakfast anak2 tak bangun lagi..eerrmm..

Saturday, March 5, 2011

Kita lawan!


Kita lawan!, originally uploaded by NizAzmaN.

Geng2 KKTM tgh bersedia tuk bertarung bermain badminton dengan geng2 kindy anak2..pastikan juara!
Sent from my Nokia phone

Thursday, March 3, 2011

Al-fatihah


Al-fatihah, originally uploaded by NizAzmaN.

Pagi tadi otw pergi ofis dpt call bgtau anak kwn aku n bie meninggal dunia..trus aku patah blk tuk melawat n mengiringi jenazah ke taiping tuk dikebumikan..Al-fatihah buat adik hidayat..
Sent from my Nokia phone

Monday, February 28, 2011

produk berasaskan herba & bio asli dari BSY Biotech

entry ni aku dah letak gam rimau ye...segala new entry...ada di bawah entry ni...elehhh...cam x biasa kan....hehehe...

hari ni aku nak perkenalkan dengan korang produk2 dari BSY Biotech...siapa BSY biotech nih??
Syarikat BSY Biotech Malaysia menghasilkan produk sendiri dan mempunyai kilang berstatus GMP yang mampu menghasilkan produk berkualiti tinggi. Syarikat juga menghasilkan produk penjagaan kulit, penjagaan rambut, makanan kesihatan atau nutrisi disamping terlibat dalam mencipta atau memfomulasi makanan kesihatan, produk pelangsingan, pembersihan dalaman tubuh, detoksifikasi dan suplemen nutrisi.
antara yang menjadi killer products BSY Biotech ni adalah : 

BSY Fed Noni 100% Ekstrak Noni

 

Antara khasiat yang terkandung di Noni Enzim:

Meningkatkan daya tahan tubuh, Menormalkan tekanan darah, Melawan tumor dan kanser, Menghilangkan rasa sakit, Anti keradangan dan anti alergi, Anti bakteria, Mengawal tekanan (stress) dan Mengawal perubahan energi tubuh.
Noni Enzim ini secara umumnya dapat membantu penyakit di antaranya seperti:
Tekanan darah tinggi, Barah, Penyakit jantung, Kencing Manis, Masalah seksual, Lemah badan, Berat badan berlebihan, Masalah penghadaman, Masalah buah pinggang, Gout, Ketagihan merokok, Luka kecil/besar dan pelbagai lagi.

BSY Spring Crystal Facial Soap 


Sesuai digunakan untuk: 
Mengawal keseimbangan pH pada kulit, mengawal blackheads dan whiteheads, mengawal masalah jerawat dan kulit sensitif, mengurangkan kesan parut pada kulit, mengurangkan pigmentasi dan mengawal masalah jeragat, mampu mengurangkan garis-garis halus / kedut pada wajah, membantu mengawal masalah penyakit kulit seperti psoriasis, stretchmarks dll.

BSY NONI Black Hair Magic

 

 BSY NONI Black Hair Magic - Berfungsi untuk mengatasi masalah migrain, rambut gugur, merawat uban, gatal kulit kepala & menyihatkan akar rambut, ia akan menghitamkan rambut anda dengan penggunaan kali pertama sahaja.Boleh digunakan pada bila-bila masa dan dimana sahaja, memastikan anda kelihatan muda dan berwajah baru. MEMANG PASTI & SUPERB..Cubalah anda pasti terpegun.

3 produk atas tu bab2 kecantikkan diri kan...yang ini pulak..kecantikkan 'isteri kedua' suami2 kita...hehehe...kereta daaaa....

 

BSY Water Repellent

 

Menutup lapisan atas permukaan kenderaan supaya ia licin dan tidak senang menjadi kotor. Dengan hanya menggunakan kaedah semburan ke atas kenderaan , ia berupaya mengilatkan dan menjaga permukaan kenderaan anda supaya sentiasa bersinar dan bersih dari kotoran. Ia juga boleh digunakan di cermin, bumper dan sport rim kereta. Malah ia juga boleh digunakan didinding-dinding dapur dan bilik air anda untuk mengelakkan dari kekotoran melekat ke atasnya!

 

segala testimonial dan video(untuk water repellent) ni...korang leh masuk blog http://1pitstopcenter.blogspot.com/...(blog baru jek aku siapkan...hikss)

segala pertanyaan korang boleh pergi kat bahagian komen kat produk yang korang nak tanya...nanti adik ipar aku boleh jawabkan...sebab aku hanya tolong war2kan saja...


kalau...kalaulah korang nak order kan...yang belah klang valley tu...korang boleh contact dia directly...jumpa face to face dengan dia pun boleh...prefer area shah alam la...sebab dia lecturer kat UiTM Shah Alam dan rumah pun kat S.A gak...kalau nak suruh pos pun boleh...tapi ada charge kos pos sikit la ye...:) yang area penang...insya allah boleh ambil dari aku...

so nak tau lebih lanjut...klik SINI..

khidmat pesanan adik beradik dari coretanummi...

Sunday, February 27, 2011

LIVE:tak siap homework


LIVE:tak siap homework, originally uploaded by NizAzmaN.

Dari tengahari dah suruh habiskan homework..dok main2 kan..balasan dia kena tinggal tak boleh ikut abie pergi round2..rasakan!!
Sent from my Nokia phone

Friday, February 18, 2011

sian aku...


aku kat ofis ni kadang2 boleh sign in blog...kadang2 tak boleh...cam hari ni...pagi tadi tak boleh...dah petang gini baru bolehhh...tapi yang jadi masalah dari pagi sampai petang aku tak boleh masuk blog2 mereka ini....


pesal ekkk??adakah sebab korang guna domain sindri???tapi ada gak yang guna domain sindri aku boleh jek masuk blog dia...uhuhhuu...nak harap baca time malam2..masa adalah sangat2 limited...nak2 kalau anak2 ada homework...memang tak sentuh pun lappy...tv pun tak bukak...:(

majlis bersanding @ dengkil

tibalah masanya majlis bersanding...majlis yang bertema maroon...habis semua sepupu2 pakat pakai baju maroon...best2!!mengikut tema....

 banner di depan khemah..

 DJ yang bertugas...boleh tahan gak suara DJ ni bila nyanyi...

 kek yang aku dan along sponsor...

 makanan pengantin...yang akhirnya....tengok gambar kat bawah nanti ye...

 i bz u buat kerja...(padahal main susun2 jek...hiks...)

pengantin sedang diarak...pengapit tu adik aku...

tengok2...makanan pengantin yang akhirnya telah selamat diterjah oleh sepupu2 aku....tak nyempat2 tunggu majlis habis...hahaha...(kata sepupu...aku pun ada gak kat situ...hiksss) biasalah kan...pengantin mana boleh makan banyak2...sepupu2 aku ni masak lauk2 pengantin hanya untuk pengantin rasa jek...yang lebih untuk sedekah ke perut sepupu2 dan diri sindri...kekeke...

bilalah lagi dapat berkumpul macam ni ramai2 kan...seronok sangat...insya allah...pada firasat aku...dalam waktu terdekat ni...cam adik aku jek yang akan kawin...nantikannnnn....hihihihii...

malam berinai @ dengkil

hari sabtu pas zohor...kitaorang bertolak dari klang ke dengkil...sebab sepupu aku sudah kawinnn!!!sepupu lelaki...mestilah dah kawin dulu kan kat sebelah perempuan minggu sebelumnya...so buat sebelah lelaki sudah kawin la...hanya buat majlis sajer...kalau orang tganu kata majlis sambut menantu...:)

kitaorang kena balik awal sebab bawak mama aku...mama aku kena jadi chef untuk makan2 malam berinai...

 kerja tak buat...berborak jek lebih...hihihhi...

 seronok tengok bila adik beradik berkumpul camni...tu pun tak cukup korum....

 sepupu2 yang boleh jadi bonzer aku...hahaha...

 pelamin bertema maroon...

sebenarnya tak plan pun nak buat majlis berinai nih...sebab dorang tak ada ambil baju extra...tapi mujurla ada sepupu yang baik hati memberi pinjam baju dia...dan pengantin lelaki pun ada bau color biru...walaupun biru tak sama..janji ada kannnn...

soklan aqil...ummi dulu masa kawin dengan abie macam ni ker???hihihihii...

 sepupu2 dan 2 pupu...yang baju coklat tu 2 pupu dorang...

happy aqil damia dapat naik pelamin...

kisah majlis bersanding jap lagi eh...

Thursday, February 17, 2011

1st GIVEAWAY Sayangku Faish.

ni GA yang ke 4 aku join untuk bulan ni...maklumlah...dah lama takjoin kan...hehehe...

kali ni aku join GA dari makcik banyak cakap nih...hihih...jangan marah ye laling...ko kan nak berbesan dengan aku...hiksss...




terms & conditions untuk join 1st GIVEAWAY Sayangku Faish ni korang leh terjah blog dia ye...dia mencari 30 orang pemenang yang bertuah tuh...ramaiiiii kan...kiranya peluang cerah la untuk menang...(kalau aku tak menang...aku upkan duit hantaran tau...hahahahaha)

antara T&C dia kena tag sorang blogger...so dengan ini...aku mengetag sahabat yang dirindui...AYU ibu dak setot tuh... :P

GLITTER COINPURSE GA BY ICEBOXRIVET 2011

tetiba boleh pulak sign in blog kat ofis nih....yahhuuu!!!so apa tunggu lagi....masa untuk join GA la...hihihihi...

kali ni aku nak join GA dari bonzer aku nih...:) kenal tak siapa??rugi woooo korang tak kenal dia...sini2...aku kenalkan...tapi dengan syarat...korang kena join GLITTER COINPURSE GA BY ICEBOXRIVET 2011 
nih...

hadiah dia ni ha...


tarikh tutup 28th february 2011 ni jam 5 petang...lagi seminggu lebih jek lagi nih...syarat2 dia pun senang jek...korang leh masuk SINI baca dan ikut...

klang @ 03-06 feb 2011>>bbq time!!!

malam jumaat tuh...kitaorang adik beradik buat bbq kat rumah along aku kat jalan kebun...ajak sekali sepupu aku yang stay kat situ gak...

 sedia untuk dibakar...resepi perapan aku ambil dari ayu...maceh ye kongsi resepi...:)

orang2 yang bertanggungjawab membakar ayam,ikan dan udang...sotong putih skang payah tul nak carik eh...

 sabar menanti...lambatnya ayam nak masak ye....:D

anak dan adik2 angkat family aku...mama aku jaga dorang sejak habis pantang sampai dah besar nih...bila jarang2 jumpa...makk aiiii..besar dah ko emeer...(yang baju putih..) balik lagi jumpa...hensem dah akim skang...(yang baju hijau..) dorang ada adik badik 2 orang lagi...tapi masa ni yang lagi 2 orang tu ikut parents dia balik kampung...

raya cina pun kitaorang main bunga api gak tau...stok raya dulu...hahaha...blasah..janji boleh berbunga api...


kanak2 memang kanak2...ko larang caner pun...ada diaorang kesah???kannnn...main tak kira masa dan tempat...nak2 bila jumpa geng...lagilahhhh...tak pikir dah nak makan ke apa...happy manjang...

alamakkk!!!!gambar2 makanan yang dah siap dibakar...lupa nak snap...kebulur dah kan...asal siap dibakar jek...ngapppp...asal hidang jek...ngappppp lagi....orang yang dok bakar tu dapat makan asap jek dulu....tak apa..janji boleh ngapppp gak...asap pun asap la...hehehe...

klang @ 03-06 feb 2011>>makan time!!

ni yang ditunggu2 bila balik klang...antara tempat yang wajib singgah kalau balik...bila berkesempatan la..kali ni sampai2 jek kat klang...terus terjah sini....mama aku pun dah tau keinginan anak dia yang dok jauh nih...ni idea mama aku la nih...hihihi...


 rojak klang...sudah RM 4 wooo skang...rasa tetap sama cam dulu sebab orang yang buatnya orang yang sama dari aku kecik lagi...:)

tempat kedua yang wajib singgah adalah ini...pada keesokkan paginya...

ni aku makan bukan kat HQ dia...HQ tu sebut...hehehe..kira tempat asal dia lah...kat emporium makan tuh...malas nak gi jejauh sebab mama aku cakap kat bandar botanic pun dah ada cawangan dia...terjah situ jek dekat...dan kat sini...orang tak ramaiii cam kat HQ dia tuh...tak payah nak beratur pepanjang...

ni aku yang punya...lontong special...tak agak2 kan...ambil special terus...hehehe...rasanya dulu kat HQ dia tu memang order akan letak sotong kan...(ni aku tanya orang2 klang eh..) kat sini...ada yang biasa...maybe tak ada sotong kot...sebab dia ada gak menu lontong sotong...pastu lontong special...RM6 eh geng...leh tahan...:)

kalau dah jejak shah alam tak singgah sini...memang sengaja la kan...walaupun dah kenyang makan lontong pagi tu...bila bie cakap nak pergi makan cendol...terus ada ruang perut untuk diisi...hihii...

 waahhh!!!sudah maju ini cendol...niaga dari lori jek...mendongak2 aku nak order...:)

bie ambik cendol biasa...aku lak harus la luar biasa punya...cendol tapai....ngehhh...tapi kannn...cendol dia ni time aku makan nilah...kurang manis la...feel makan tu agak kurenggg gak jadinya...patutla masa aku order ni...ada sorang kakak ni suruh tambah gula lebih sikit...aku ni bukanlah peminat manis2 nih...tapi bila makan tu...akan rasa cam kekurangan la sket... kes harga gula naik kot...huhuhu..tapi harga cendol dia pun cam naik gak...rm1.90 unuk cendol tapai...cendol biasa rm1.30 kot...aahhh tak pelah...janji dapat makan...hehehe...

malam tu buat apa pulak???nantikan episod seterusnya....ngeh ngeh ngehhhh....(time ada cerita siap berepisod2...time tak ada...senyap sunyi blog aku...hikss) ni namanya blog mengikut musim...:P

Wednesday, February 16, 2011

klang @ 03-06 feb 2011

cuti Chinese New Year(CNY) baru ni...kitaorang balik klang naik bas...sesekali berubah angin kan...kasi can kat anak2 merasa naik bas bila balik kampung...1st time bagi naik bas...naik yang hebat terus...hihihi... apa yang hebat sangat tuh??meh tengok...

 naik bas 2 tingkat tuh....agak2 aqil damia boleh jadi duta bas aeroline tak???

bas 2 tingkat bukan sebarang tingkat tau....dalam bas aeroline ni...dorang akan bagi kita earphone sorang 1 untuk dengar lagu or dengar cerita yang dorang pasangkan...ada lah screen tv kat depan tuh...

selain dapat earphone...dapat makan tuuu...masa ni kitaorang dapat nasi ayam...masa balik ke penang dapat roti subway sebab balik pagi...dah makan...mestilah kena bagi air kan...kita boleh pilih nak tea,coffee or milo...oh ye...mula2 naik kita akan dapat air mineral gak ye...ni semua kerja crew yang ala2 steward/stewardess tu ye...bukan self service...

penat duduk atas...kita boleh gak turun bawah...seat kat bawah ni memang siapa2 pun boleh nak duduk asalkan tak ada orang lain yang duduk...hehehe...biasanya 2nd driver akan lepak sini...


ini puteri tido...bangun kejap...kejap jek...pastu dia sambung tido balik...:)


bagi aku...aku puas hati la gak naik bas ni...ni info untuk reference korang kot2 nak datang penang naik bas kan...bas dari/ke penang boleh pergi/naik dekat sunway,one utama dan kl...kl tu kat klcc klu tak silap aku... harga tiket pulak dewasa RM 60 sehala...kanak2 yang nak seat RM 30 sehala...kalau tak nak seat...FOC maknanya kena riba la...more details korang leh klik aeroline...korang boleh booking either gi kaunter dia or secara online...tapi kalau online dorang akan charge 3%  admin charges...

next time nak try naik ketapi pulak...hehehe...

JOM KFC!




JOM KFC!, originally uploaded by NizAzmaN.
ari ni bday girl belanja..maceh ye..kenyang perut mau tido rasa..hehe..
Sent from my Nokia phone

happy birthday mama!!!

hari ni birthday my mom!!!semoga mama diberikan kesihatan yang baik...semoga hajat mama nak pergi menunaikan ibadah haji tahun ni dimakbulkan oleh Allah....

kitaorang adik bradik buat surprise birthday mama masa sepupu aku kawin...(cerita sepupu aku kawin akan menyusul..)

masa ni abag DJ tengah announce surprise birthday untuk puan jaiselnah...hihihi...sambil pasang lagu allah selamatkan kamu..ohh..sungguh klasik...hehee...oooo ni kerja korang eh...mama aku cakap...hiksss...

 kek sedang dipotong...(perhatikan kek tuh...)

 masa ni sepupu aku tarik abah aku untuk mama aku menyuapkan kek ke abah...sweet kan...

rupa kek tu sepatutnya camni...tapiiii...itu pakcik azman...sudah pergi ke dapur....sudah intai sama ini kek....dan dia sudah buat noda atas kek tu dengan memadam nama dia...teruk kan pakcik azman nih...kan aku dah cakap...dia boleh baca apa yang aku nak buat ke dia....uhukss..nyampah i...huh!!