sayang korang!!!

search box

Thursday, November 26, 2009

top 3

antara calon2 yang menjadi top 3 bila tiba 10 Zulhijjah...yang akan dikorbankan esok pagi...di merata2 tempat...

lembu...

kambing...

unta...

SALAM AIDILADHA tuk semua...semoga semuanya selamat pergi dan balik bagi mereka yang balik ke kampung...aku insya allah...petang ni pas kerja akan bertolak ke klang...doakan perjalanan aku selamat ye...take care!!!

psstt...pagi tadi masa aku tengah breakfast kat restoran subaidah...aku nampak lori bawak unta!!!kat masjid/surau mana la unta tu akan dikorbankan esok kat area penang nih...payah kan nak jumpa korban unta nih...

gambar2 tu semua credit to pakcik google...

Contest Anak Dara Ku Bertocang by Sitisifir10

sungguh lama aku tak join contest2 yang dibuat oleh rakan2 blogger sekalian...niat nak join ada...tapi malas nak gi mengorek gambar2...:D
memandangkan hari ni sungguh 'kerajinan' untuk wat kerja2 ofis sebab petang ni dah nak balik kampung sambut raya haji kan...
so untuk membuang masa menunggu petang...aku pun joinla contest yg kak siti anjurkan bersama ngn kak sari...(kak sari ada jual CD brand coolababy pd RM28 jek tau...smpai 30 Nov ni jek...gilah terjah blog dia...)

klik gambar tuk direct gi contest anjuran kak siti...

seperti biasa...setiap contest mestilah ader T&C kan...so ni syarat2 yg kak siti telah tetapkan...wajib ikut tau...klu tak nanti disqualified plak...eeerrrr kak siti...klu ada syarat2 yang saya tercicir tuh...kasi habaq nooo...:D

Syarat contest :
click to enlarge...dah masuk dlm bloglist ye kak...
  • Sila letakkan linkkan blog anda ke blog penaja Fitrah Cinta dan jadi follower Fitrah Cinta. Sila jengah ke sana dan tinggalkan komen tentang blog k.Sari di entry contest blog masing2.
click to enlarge...kak sari pun saya dah masuk dlm my bloglist dan dah jadi folllower pun..;)
  • Anak anda itu hendaklah perempuan, berumur bawah 3 tahun. Gambarnya hanyalah sekeping sahaja supaya senang untuk dinilai. Jangan risau, kami bukan nak cari calon menantu..DONE!!!
  • Letakkan banner di sidebar...(kalau ramai masuk maka merata2 lah wajah Arwa ku kan kelihatan...ngeh he he..ops itu pun kalau ramai ek...) Sila abaikan banner yang ala kadar itu..kerana tuan buat contest ini sangatlah tak rajinnya nak mengedit gambar :P DONE!!!
  • Tolong beri tajuk Contest Anak Dara Ku Bertocang by Sitisifir10 di entry anda. DONE!!!
  • Tarikh tutup 30 November 2009 jam 12 pm (tengahari) ORAIT BEBEH!!!
  • Sebagai menambah perasa, sila rajin singgah dan beri komen. Mungkin ini caranya untuk merasuah saya... :P walaubagaimanapun biarlah gambar bertocang anak anda menyengat ye...( tocang budak ada sengat kah??) TOCANG ANAK SAYA LELEHSSSS!!!:D
  • Tinggalkan link anda dikotak komen di bawah.DONE!!!
  • Pemenang akan diketahui petang hari yang sama jika saya tak ada kesulitan lain insya ALLAH...dan jika ada peserta, kalau takde nak umum apa?? ORAIT!!!
  • Hadiahnya adalah :
nak tau hadiahnyer???korang silalah serbu blog kak siti klu nak tau hadiahnyer ye...;)

gambar yang 'dimasukcontestkan' ialah...

budak bertocang yang sedang menangis...:D
nama : nur damia harisa binti azman
umur : ngam2 soi 3 tahun...:D

amacam unty siti n unty sari??ada can tak nak menang???bkn senang tau damia nak 'berlakon' kuar air mata nih... sampai 'tumbang' tocang damia tau....:D

ohh...sebelum tuh...meh dekat sket pipi tuh....

a hot kisses for u unty2...;) (eerrr...kira rasuah ke nih??ahaks!!)

Monday, November 23, 2009

menuju

ke destinasi tuk menshekik...:D

skali lagi...kami ke sini....

medan selera sg burong...dekat ngn pasar nelayan...

pemandangan sepanjang ke pasar nelayan...

sawah padi yang sedang menghijau....

pokok2 kelapa di tepi2 sungai...

oh ye..jalan dia muat untuk sebijik kereta jek ye...klu selisih tuh..pandai2la bertolak ansur...dan ramah2kanlah tangan tuh dengan mengangkat tangan...(ramai yang kiteorang jumpa...kita punyalah bagi dia jalan...kita yang angkat tangan...orang tuh leh wat tak tau jek...manusia2!!!)

sudah hampir ke hentian bot2 nelayan...

dan yang penting...sudah sampai ke destinasi yang patut dituju....:D

maggi goreng untuk aku...tapi dibedal 90% oleh aqil dan damia...:( ;)

mee goreng 99% hak milik bie...1% tu sesuap masuk mulut aku...

kali ni datang...udang leh tahan besar2...wpun hanya 2 ekor udang sajer...tapi berbaloilah kan dengan harga RM3 jek...sedappp!!!

balik umah...aku lapar lagi...goreng lak kepok lekor sambil tengok keputusan sehati berdansa...:D

mari belajar...

abie...abie ikut aqil cakap tau....
ye..ye...(dengan nada terpaksa..:D)
eeeeee...(stands for 'i'...fonetik kan...)

tgklah...'cikgu' suh sebut eeeeee...adakah 'anak murid' pun ikut sebutan yang sama???

klu lah anak murid cam abie nih...mau tercabut bulu kening cikgu dok ngajar....ajar lain...sebut lain....:))

Sunday, November 22, 2009

Projek Mega Blogger-Care for Kak Yong

entry ni akan dilekat sehingga projek ni tamat ye...new entry scroll bwh ye....

entry ni aku copy paste dari blog kak siti sifir...inisiatif dari kak siti tuk membantu kak yong...

Bismillah,

Ye..saya tau para blogger tak ada kelab berdaftar. Tiba2 ada keluar projek mega. Ntah AGM mana yang luluskan mende ni ek...huhu...

PENGENALAN
Kakyong72
  • adalah seorang blogger yang mana link ke blognya adalah : http://kakyong72.blogspot.com/
  • ibu kepada 3 orang anak dan menetap di Ipoh
  • bekerja sebagai akauntan sambilan (akauntan kah yang buatkan akaun orang itu??) dan ini adalah cara kakyong mencari rezeki.
  • menjalankan bisnes online dengan mengeringkan ikan hasil tangkapan Encik Suaminya lalu menjualnya. Sila rujuk : Kakyong Shoppe
  • Pada pandangan mata saya, dia mengamalkan gaya hidup yang sederhana. Dia tidak bermewah-mewah sehingga baju raya anak2nya baru2 ini pun tidak dibeli. Namun alhamdulillah, ada yang perihatin dengan keadaan Kakyong.
  • Sebagai blogger dia juga sangat caring dengan orang lain. Saya pasti ramai yang kenal dia kan???? Rujuk saja senarai KIV Homework (TAG) dari kawan2 di blognya.
Kepada sesiapa yang belum maklum, laptop kakyong telah rosak dan untuk memperbaikinya adalah mustahil. Yang terbaik bagi kakyong adalah membeli satu yang baru. Tahukah kalian, apakah kesannya kepada kakyong?
  • kakyong tidak dapat membuat kerja part time (membuat akaun) tanpa laptop
  • jual beli ikan masinnya berkemungkinan terbantut
  • kakyong tidak muncul dengan entry terbaru (ini mungkin sekadar hobi tetapi interaksi sesama blogger sebenarnya boleh memungkinkan kakyong lebih mudah mendapat pelanggan
Jadi apa yang kita boleh buat untuk membantu kakyong??
  • Saya rasa paling cutelah, kita kumpulkan bajet untuk beli satu komputer dengan min spec. Sekadar dapat kakyong menjalankan semula kegiatan mencukupkan (bukan menambahkan) kewangan kakyong sekeluarga. Orang yang boleh belikan komputer itu, nanti kita bincangkan siapa. Jika tak ada orang, insya ALLAH saya boleh carikan. Sekali lagi mekanisme pengumpulan dana ni juga perlu dibincangkan.
Berikut adalah fakta nombor berkaitan Project Mega Blogger ini :

Tarikh Bermula : 18 November 2009
Jumlah Sumbangan Cadangan : RM 10 seorang
Sasaran Kutipan Total : RM 1500
Jumlah Terkumpul : RM 130
Baki Sasaran : RM 1370
Jumlah Penderma : 3 orang
Tarikh Akhir Sumbangan : Sehingga kutipan mencukupi

Sumbangan boleh dibuat melalui bank dengan mengikut aturan berikut:
  1. Masukkan sumbangan anda ke akaun Maybank (No akaun: 113042046831) atas nama Norhafizah Binti Madzlan.
  2. SMSkan jumlah sumbangan & tarikh dalam tempoh 2 hari setelah sumbangan dibuat kepada sitisifir di 0199515058. Jika boleh, sertakan nama penyumbang untuk urusan rekod. Emailkan kepada sitisifir10@yahoo.com jika anda berurusan secara online.
  3. Urusan rekod boleh dilihat di entry ini. Setiap urusan bank in akan di update dengan kadar segera insya ALLAH.
Sasaran :
  • Followers kakyong (270 orang ..huhu kalau ini aje darab 10 dah RM2700) - ini saya dah terjah yang mana yang boleh dikesan
  • Mereka yang ada dalam Kakyong's Bloggerlist
  • Mereka yang peduli
Cadangan kepada sasaran :
  • Saya akan mesej seorang2 untuk beritahu hal ini.
  • Sila letakkan kempen yang sama di blog masing2.
  • Sila kerap berkunjung ke blog saya bagi mengetahui status penjumlahan kewangan. Kita nak kumpul seadanya sahaja bukan nak sara hidup dia...huhuhu....Bila sasaran dah cukup, kita akan hentikan segera projek ini.
Faedah :
  • Jika anda ikhlas, adalah tu nilainya di sisi ALLAH insya ALLAH
  • Silaturrahim sesama kita diharapnya semakin erat
  • Ada cadangan ke atau kot2 ada sponsor baucer ke?? :P
Jika boleh TOLONG RAHSIAKAN dulu dari kakyong. Tapi saya dah cakap sikit2 pada adik ipar kakyong (Miela Ikan Pekasam).


Penutup
Semoga dengan sedikit sumbangan dari pelbagai pihak, dapatlah kita membantu kakyong.

Rindu kakyong!!!

Senarai mereka yang peduli :
  1. Ummu Mishkah - penyumbang
  2. Ida Rahayu - entry kempen sticky mode
Kepada mereka yang dah buat sticky mode di blog masing-masing, sila maklumkan juga kepada saya. Saya akan letakkan link anda di dalam ini. Ini penting supaya saya dapat memaklumkan anda kembali seusai jumlah yang kita nak kutip telah mencukupi.
*akaun yang digunakan itu adalah akaun yang tidak aktif, maksud saya, saya tidak gunakannya untuk tujuan peribadi lagi kerana kebanyakan urusan saya adalah melalui akaun Bank Islam.
*RM 1500 adalah jumlah yang selesa untuk mendapatkan desktop atau laptop dengan spesifikasi minimum. Walaubagaimanapun, jika ada tawaran lebih murah dari ini, saya akan maklumkan kelak.
DENGAN INI, PROJEK INI DIMULAKAN SEKARANG.....!!!

niza:marilah kita sama2 membantu kak yong...tak salahkan kesenangan kita yang sikit ni dikongsi dengan orang yang memerlukan...semoga usaha kita dapat meringankan beban kak yong...

Friday, November 20, 2009

aku

buntu!!!
harap keputusan yang aku dan bie ambik adalah yang terbaik tuk kami...
insya allah bie...
kita susah sket skang...
senang kemudian...
apa yang kita boleh korbankan...kita korbankan...
sebab tu bukan keperluan...
hanyalah kehendak...
kita utamakan keperluan kita dulu...
semoga allah murahkan rezeki kita...
amin...

Thursday, November 19, 2009

TGI's Graduation Day 2009-final part

tarian student2 TGI diselang selikan dengan lucky draw gak...

nampak itu blakang punya orang???yyiihhaaa...kami dapat iron..;) oklah tu kan...

acara pun diteruskan dengan penyampaian anugerah pelajar cemerlang...apa yang aqil dapat??

pelajar terbaik untuk matapelajaran matematik-4 tahun...ni dikira berdasarkan exam masa dorg 1st sem n 2nd sem yang mana subject dapat 100% tuk dua2 sem tuh...aqil kan ader dapat 100% gak tuk subject yang lain masa 2nd sem...tapi sbb 1st sem dia tak dapat 100% gak...so tak layak la....ummi harap tahun depan aqil kena pastikan yang aqil dapat 100% untuk semua subject!!!

yang ni lak antara top 10 pelajar terbaik kelas Excel...

lepas tu ada gak pelajar cemerlang untuk setiap umur...perempuan semuanya yang berjaya...:D antara pelajar2 cemerlang tuh...TGI pilih lak the best among the best!!!u know what...pelajar umur 4 tahun yang berjaya mendapat pelajar paling cemerlang TGI...dengan peratusan markah 99.3%!!!!syabas tuk adik husna!!!

aku ada gambar...tapi gelap la...korg tengok jelah ye...

ni antara best student tuk setiap umur...cuma student umur 5 ke 6 tahun ada 3 org...sebab peratusan markah yang sama...adik husna yang ujung belah kanan...

acara yang terakhir adalah penyampaian sijil tuk pelajar2 6 tahun yang telah tamat belajar di TGI...seramai 31 pelajar yang menerima sijil...semoga mereka terus cemerlang di darjah 1 nanti...

oh ye...sebelum tu ada gak penyampaian hadiah tuk bekas2 pelajar TGI yang cemerlang di darjah 1...bagus TGI!!!masih mengambil tahu kecemerlangan akademik bekas2 pelajar TGI...

last but not least....cewahhh...:D nilah rupa budak yang sangat happy masa hari kejadian...dengan make up nya...:D yang tak bleh blah...otw nak ke kereta....ummi..ummi ada bawak susu aqil tak??? susu ye yang dicari dulu...

tak dan 10 minit dalam keta...hanyutttt....sampai ke pagi esoknyer....ngn tak mandi!!!aku nak bersihkan mata dia pun marah....sebab kacau dia tido!!!sian dia...penat...dari pagi sampai ke petang...:D

ummi n abie ucap tahniah dan syabas kepada aqil!!!semoga aqil terus cemerlang....
tahun depan dua2 anak aku sekolah...makanyer...debaran tahun depan lagi kencang kot...uhuhu...

korang...gambar banyak yg golap2...sorry coz biasalah...pencahayaan dikurangkan di dalam itu ballroom tuk memberi effect yang terbaik...:D sepanjang majlis ni telah divideokan...aku dah booking dengan cikgu...;)

Wednesday, November 18, 2009

TGI's Graduation Day 2009-part 4

gambar2 kat bawah ni antara tarian2 sepanjang persembahan aladdin the musical nih...bnyk tarian...jadi mana yang aku tak wat caption tuh...aku idokla tau apa nama tarian tu ye....cam semua jek aku tak tau...uhuhuh...

sepanjang penggembaraan aladdin...ada sajer penari2 yang menari tuk menjamu mata aladdin...:D

tarian tentera2 aladdin...

ada tarian monyet tapi tak der lak dalam camera...lupa nak ambik kot...;)
semasa puteri jasmin di dalam hutan...dia telah diculik!!!saper yang menculik puteri jasmin??

tu dia jaafar namanya....jaafar ni ibarat orang jahat yang telah menculik puteri jasmin!!!
jahat sungguh dia nih...:)) seorang consultant yang sporting!!!

akhirnya telah tertulis di dalam skrip yang puteri jasmin adalah milik aladdin...skrip aladdin yang aku ingat...puteri jasmin jangan takut...abang aladdin ada....:))

overall persembahan aladdin the musical ni best!!!thumbs up!!!memang kami as parents dan penonton sangat2 enjoy!!!senyuman sentiasa terukir di muka setiap ibu bapa melihat gelagat anak2 perform...tahniah!!!

tahun depan punya persembahan dah ada dalam kepala cikgu rudzi...apalah agaknyer....hihih..

nanti aku hapdet last part punye kesah ye...

TGI's Graduation Day 2009-part 3

sebelum aladdin the musical start...penyampaian sijil tamat bacaan fonetik bacalah anakku n read easy...tuk age aqil...aku rasa bukan abis 1 set tuh...tak silap aku sampai buku 3 kot...aqil hanya tamat bacalah anakku jek...read easy tak tamat lagi...

masa ni aku tak tau pun aqil akan naik atas stage...sebab baca list2 yang cikgu bagi dlm aturcara majlis tuh...tak ada pun nama aqil...aku pun masa ni tak tahan nak tencing...kuarla dari ballroom tuh carik toilet...pastu teacher meena,cikgu kelas aqil tahan aku...dia cakap cepat sket...aqil nak ambik hadiah ni....aku pun ha??ye ke??jap2...cepat2 gi membuang...tapi tak dapat tengok gak sebab nama aqil 1st skali...

aqil ambik hadiah...blum habis 1 set maka dapat hadiah jek...blum boleh dapat sijil...;)

dapat hadiah buku ben10...buku ni sebenarnya dalam bekas yang siap ada mangga n kunci tuh...tapi biasalah kan...aqil dapat adik yang brutal...habis jahanam...sekejapan sajer...tu pun puas aqil mempertahankan buku dia...tak berjaya!!!smpai aqil cakap tak pelah...tapi buku abang adik jangan rosakkan...

dah habis penyampaian hadiah dan sijil tuh...ada lagi penyampaian hadiah sebagai penghargaan kepada ibu bapa yang banyak berkorban masa dan tenaga setiap kali TGI menganjurkan apa2 program...terima kasih pada mereka...

bermulalah pengembaraan fantasi aladdin bersama puteri jasmin...
di padang pasir...terdapat sekumpulan anak2 umur 4 tahun sedang menari2....

tarian nilah yang dia dok hari2 menari kat rumah sambil menyanyi2 yang aku tak paham sebutir perkataan pun...eh ader2!!!aladdinnn...aladdinnnnn....tu jek...:D damia bila abang nari yg ni...dia pun nari gak!!!nari lagu gajah...gajah hidung panjang...gajah bla bla bla....:) sabar ye damia...tahun depan damia pun akan nari sama gak...

aladdin dan puteri jasmin...yang kelakarnye kan...aladdin ni aladdin versi utara!!!abis kuar loghat penang dia....:)):))

jin lampu!!!jin yang banyak membantu aladdin...abis hijau muka dia...:D

persembahan aladdin the musical diberhentikan seketika tuk menjamu selera....

aku ambik yang ringan2 jek...:D ader mihun...nasi goreng...damia suka nasi goreng tuh...makanan dia not bad...banyakkkk...macam2 ada...pastu aku nampak kawan bie ada ambik tart...aku ingat cheese tart la...suh bie gi ambik...skali isi dia kelapa daaa...trus balance tu aku suap ke bie...:D

sambungan aladdin the musical jap2 lg ye...

Tuesday, November 17, 2009

TGI's Graduation Day 2009-part 2

acara dimulakan dengan memperkenalkan emcee iaitu...

Mr Jude...
kemudian bacaan doa dan memperkenalkan tenaga2 pengajar di TGI...

dari kiri tu consultant TGI,Mr Prakash...cikgu2 dengan pengerusi TGI,En Rudzi...

student2 TGI nyanyi lagu Negaraku,lagu Pulau Pinang (tak leh nak ikut nyanyi sama sebab aku tak tau..:D) dengan lagu TGI...mana aqil??meh aku tunjuk...

nampak tak??jap2...

ni ha dia...dok ujung skali belah kiri...dihalang dengan mushroom yang besar tuh...tapi mushroom tu cantikla...masa ni dia nampak aku tengah nak ambik gambar...senyum jek dia...malu!!!tu yang dia pandang tempat lain...masa kawan bie,ihfan sampai kat meja...dia cakap lebih kurang camnilah...dah dapat menantu...nampak aqil dan alya(no 4 dari kiri) pegang tangan kat luar tadi...:D amboiii...pegang2 tangan anak dara orang ye...ummi cubit kang baru tau...;)

sedang menyanyi lagu TGI...

kemudian pelancaran DANA UNTUKMU ADAM...dana ni untuk disalurkan kepada Rumah Jagaan Nasyiatul Aisyiyah dimana terdapat anak2 yatim dan ibu2 tunggal disitu...alhamdulillah...meja2 VIP yg dijual telah dapat menampung bayaran bil astro selama setahun di rumah jagaan tersebut!!!TGI juga ada menampung sikit2 perbelanjaan di rumah jagaan tersebut...semoga rezeki yang kita perolehi dapat dikongsi bersama2 dengan mereka yang susah...semoga diberkati...

acara diteruskan dengan penyampaian sijil tamat bacalah anakku dan read easy serta persembahan Aladdin the Musical...
nanti2 aku update ye...;)