adakah kita seorang wanita Islam amat menitik beratkan tentang aurat??bg mereka yg YA jawapannya...alhamdulillah...bg yg kadang YA kadang TIDAK seperti sy diharap dpt berubah kepada YA...dan bg yg TIDAK harap artikel ni dpt membantu...
kenapa ummi ckp yg ummi kadang YA kadang TIDAK tentang aurat??kerana YA ummi ketika ummi keluar dari rumah..tetamu dtg umah...tetamu disini adalah kwn2 atau jiran2...bagaimana pulak dgn ipar duai yg lelaki??biras yg lelaki??dan sepupu2 lelaki??kadang TIDAK tulah jawapannyer...ya!!!bile ummi berada di rumah dan mereka itu pun ada dirumah yg sama jugak...mmg ummi tidak bertudung... dlm erti kata lain ummi tidak menjaga aurat ummi...astaghfirullah al azim...
sedarkah kita bahawa dosa isteri akan ditanggung oleh suami??jadi...adakah kita sebagai isteri hanya kasih n cinta kepada suami hanya di dunia sajer??bagaimana di akhirat kelak?? dimanakah janji kita bahawa kita akan berjumpa di syurga??adakah kita sanggup biarkan suami kita menanggung dosa kita di neraka??nauzubillah...
maka..marilah kita bersama2 menjaga aurat sebagai seorang wanita Islam...artikel ni ummi dpt
di sini...terima kasih kepada irwanirah...
Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah fiqh pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.
Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya:
1. Aurat Ketika Sembahyang
Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
2. Aurat Ketika Sendirian
Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat adalah antara pusat dan lutut.
3. Aurat Ketika Bersama Mahram
Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah pusat dan lutut. Walaupun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri. Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tata susila wanita terutama dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang dan tidak diingini tidak akan berlaku. Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.
Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu:
1. Suami
2. Ayah, termasuk datuk belah ibu dan bapa.
3. Ayah mertua
4. Anak-anak lelaki termasuk cucu samada dari anak lelaki atau perempuan
5. Anak-anak suami. Dalam perkara ini Islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa.
7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya.
8. Anak saudara dari saudara perempuan.
9. Sesama wanita samada ada kaitan keturunan atau yang seagama.
10. Hambanya Sahaya.
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat.
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.
Imam Syafie berpendapat; perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat di atas terbahagi kepada dua makna iaitu:
1. Perhiasan yang bersifat semula jadi seperti muka, pipi, mulut, mata, bibir, hidung, kaki, betis, peha dan lain-lain anggota.
2. Perhiasan seperti pakaian, alat-alat solek, cincin, rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.
4. Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram
Kewajipan menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya. Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.
Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh s.u.a.m.i. Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.
5. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Bukan Islam
Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan Islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Rasulullah S.A.W. bersabda dalam sebuah hadis yg bermaksud: Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah S.A.W. bersabda yg maksudnya: "Tidak halal kaum wanita Islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani".
Ini adalah kerana dikhuatiri wanita bukan Islam boleh mendedahkan perwatakan tubuh badan dan aurat wanita muslimah kepada rakan-rakan lelakinya yang bukan Islam mahupun yang beragama Islam.
6. Aurat ketika Bersama Suami
Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka Islam telah memberi kelonggaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya. Ini bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannnya bila berhadapan dengan suaminya.
Mu'awiyah bin Haidah mengatakan: "Aku pernah bertanya: Ya Rasulullah, bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?". Baginda menjawab: "Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau terhadap hamba abdi milikmu". Aku bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat?" Baginda menjawab: "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak boleh melihat aurat orang lain dan ia pun tidak boleh melihat auratmu". Aku masih bertanya lagi: "Ya Rasullullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?" Baginda menjawab: "Seharuslah ia lebih malu kepada Allah daripada malu kepada orang lain". (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Dawud)
Terbitan : Bahagian Pengurusan Dakwah,Jabatan Agama Islam Selangor
semoga ummi dpt berubah kepada YA...insya allah...
artikel ni hanyalah untuk pedoman dan renungan diri ummi...ummi tidak berniat menyakiti hati sesiapa...